Assalamualaikum owh..I have got a love letter from noha and hana the other day surat untuk kakak fadhlunnisak now only i have time to reply them Ke hadapan Noha dan Hana pertama-tama kalinya, maafkan kakak kerana kelewatan membalas surat kalian kakak baru sahaja menyelesaikan tugasan terakhir sebagai pelajar tahun akhir di bumi Hamilton ini terlepas rasanya segala beban yang ditanggung sepanjang tahun ini semoga penat lelah dan pengorbanan dibayar dengan kejayaan insyaAllah sekarang, kakak perlu memulakan operasi pengemasan dan pemindahan kerana kami semua perlu mengosongkan asrama pada hari sabtu ini mujur ada sahabat yang sudi menumpangkan rumah sepanjang saki baki sebulan di bumi Hamilton ini kakak akan tumpang berteduh sehinggalah tarikh penerbangan pulang ke tanah air Disember nanti insyaAllah gembira sedih teruja itulah perasaan kakak sekarang gembira kerana tamatnya pengajian dan akan kembali ke pangkuan keluarga sedih kerana perlu meninggalkan bumi Kiwi ini untuk selama-lamanya...
I wish for your days to be filled with laughter, kind words and joyful songs