So yeah I found this and I hope this will help insyaAllah =D
taken from here
1. Pergi Kursus kahwin
WAJIB pergi utk pasangan dan dapatkan sijil kursus kahwin yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam
2. Ambil Borang nikah
Pergi ke Pejabat Agama Daerah dan beli borang nikah yang berharga RM5 jek (utk Johor). Borang negeri Johor sah-sah dalam tulisan Jawi. Agak-agak kalau tulis jawi pun mcm cakar ayam hutan baiklah tulis rumi aje ye..=p
Kalau pasangan berasal dari negeri lain cth negeri Perak, so pasangan kena ambil di mana-mana Pejabat Agama sekitar Perak (borang sama jek untuk satu negeri). Jgn gatal plak nak pi beli kat negeri mana2 korang suka.
3. Buat HIV test
Borang HIV test ni akan dapat sekali dgn borang permohonan nikah yg diambil dari Pejabat Agama. Ujian boleh dibuat di mana-mana Klinik Kesihatan yg korang senang nak pi. Macam kes i, kami buat di Penang. So, no problem lah kan! Baca INI untuk pengalaman HIV test i.=) Bayaran hanya RM1 sahaja. Sesetengah klinik kesihatan ada hari-hari tertentu untuk buat HIV test tapi sesetengah pulak boleh terjah jek.hehe. So sebelum pergi kena cekidaut dulu tanya2 kabar kt org lain atau call dulu Klinik Kesihatan tu naaaa....
4. Dapatkan surat akuan bujang
Surat akuan bujang boleh minta pihak majikan (bagi yang bekerja) untuk buatkan. Most company dah ada format untuk surat akuan bujang ni. Tinggal bagi details korang jekla likes full name, no pekerja and etc. Owh, kes i haritu disebabkan i masih study, so akuan bujang ketua kampung yg buatkan..=) hihi.
5. Cari Dua Orang Saksi Borang
Dalam borang permohonan nikah, ada diminta saksi borang nikah kan?. So, carilah sesiapa yang sudi nak glamer tulis nama depa dlm borang korang tu.hehe. Sesiapa pun boleh (lelaki!) yang pasti mesti nak dua orang. Jgn lupa fotostat ic depa tu. Pasangan kita pun kena cari saksi borang ni juga utk borang dia.
6. Cari Wali
Untuk borang pihak perempuan, sure ada part untuk wali. So, carilah wali korang dan minta wali untuk isi dan sign borang tu.
7. Dapatkan Surat nikah ibu bapa
Surat nikah ibu bapa ni penting sekiranya pihak perempuan adalah ANAK SULUNG. Kalau dah anak no 18, xyah ler gatal nak pi tunjuk surat nikah mak bapak hang yg dah bertukar colour tu kot ye.hehe.
8. Hantar Borang yay!
Amboi!tak sabaq naaa nak pi hantaq borang. Sebelum tu, semak dulu dokumen yang korang kena sediakan:
1. Fotostat IC L&P
2. Borang permohonan sudah siap diisi (Borang 1 & 2)
3. Fotostat IC wali (bagi perempuan)
4. Fotostat IC saksi borang (L&P)
5. Sijil kursus pra perkahwinan (asal & salinan fotostat) (L&P)
6. Keputusan HIV test (L&P)
7. Surat akuan bujang (asal & salinan) (L&P)
8. Surat nikah ibu bapa (asal & salinan) (bagi perempuan sulung)
Haa.. da ok semua, siap sedia lah ke pejabat agama daerah. I hantar sendirian, tak perlu bawa bakal suami pun ye. Kalau kat Johor, sah-sah ada temuduga. Bermandi peluh la korang dlm bilik temuduga tu.ngehngeh=p Don't worry la! kacang jek soalan - soalan tu mcm ucap syahadah, rukun nikah, tanggungjawab isteri/suami, dll
9. Gi Jumpa kadi
Haaa.. step ni paling lah penting dek non. Mintak parents (bapa) g jumpa tok kadi yang bertugas di mukim masing-masing untuk inform dan book dia untuk tarikh nikah. Ingat hang sorang ja nak kawen tarikh cantik-cantik tu? hehe. Bagi sesiapa yang tak tau mana nak cari tok kadi, boleh tanya dgn pejabat agama daerah masing-masing ye. Bawa sekali borang permohonan nikah yang dah diluluskan oleh pej agama. Dah dekat hari nak nikah, dtg lah lagi sekali ke rumah tok kadi ni utk remind dia masa dan tarikh nikah korang..=)
10. Tunggulah tarikh nikah korang!
Selamat pengantin baru!eh jgn lupa sediakan upah kadi (RM100) dan 2 org saksi (masing-masing RM20). Nilai tu pejabat agama yang tetapkan. Lepas lah duit minyak diorg nak nikahkan korg punya pasal kan?hihi.
Comments